PENDAHULUAN
Rujuk dalam perkahwinan merupakan perkara yang tidak asing lagi dalam kekeluargaan islam. Terdapat tiga istilah yang saling berkait rapat dan tidak boleh dipisahkan daripada perbincangan ini adalah nikah, cerai dan rujuk. Hubungan ketiga-tiga istilah ini lebih mudah difahami bahawa rujuk dalam perkahwinan mestilah berlaku selepas terjadinya penceraian, manakala penceraian pula hanya boleh berlaku dengan sebab ada perkahwinan yang sah sahaja. Penceraian merupakan suatu perkara yang paling tidak diingini berlaku oleh setiap pasangan yang melayari alam perkahwinan.
Islam telah membuka ruang bagi pihak suami isteri yang bercerai untuk kembali bersama sebagai sepasang suami isteri melauli kaedah rujuk. Namun, perkara mengenai rujuk amat kurang diperbincangkan secara akademik dalam memahami perkaitan antara Hukum Syarak dan juga Undang-undang Kekeluargaan Islam dengan melihat kepada realiti di Malaysia kini seperti rujuk dengan perbuatan, rujuk dengan menggunakan teknologi moden, rujuk tanpa kerelaan isteri dan kesaksian dalam rujuk. Oleh itu, pelaksanaannya sebagaimana yang diperuntukan di dalam Enakmen Undang-undang Kekeluargaan Islam di Malaysia.
PENGERTIAN
Menurut bahasa rujuk boleh didefinasikan sebagai kembali. Manakal menurut syarak, ia membawa maksud suami kembali semula kepada isternya yang diceraikan denga ikatan pernikahan asal (Dalam tempoh iddah) dengan lafaz rujuk. Rujuk adalah hak suami dalam penceraian talak rajie selagi isterinya masih dalam iddah. Ia adalah suatu penerusan kepada perkahwinan sedia ada yang dibuat oleh suami menggunakan lafaz tertentu tanpa perlu kepada akad dan mas kahwin yang baru. Dari sudut kesahihannya, rujuk tidak memerlukan lafaz penerimaan daripada isteri. Bahkan ia sah walaupun tanpa pengetahuan dan persetujuan isteri, asalkan menepati syarat rujuk yang diperllukan. Isteri yang diceraikan tidak boleh merujuk suami yang menceraikannya walaupun isteri itu masih suka kepada suaminya.
Begitu juga firman allah S.W.T :
وبعولهن أحق بردهن في ذلك ان أرادواْ اصلحاۚ
Maksudnya :“Dan suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki islah (pendamaian)”
(Surah al-Baqarah:2)
3.0 RUJUK MENURUT HUKUM SYARAK
Allah SWT telah memberi ruang dan hak kepada suami untuk merujuk isterinya setelah berlaku penceraian kali pertama dan kali kedua dengan jalan yang di tetapkan berdasarkan sayrat-syarat tertentu selagimana isterinya masih dalam keadaan iddah. Perkara ini berdasarkan firman allah S.W.T:
الطلق مرتانۖ فامساك بمعروف أو تسربح باحسنۖ
Maksudnya : “Talak yang dapat dirujuk dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik”
(Surah al-Baqarah:229)
Begitu juga firman allah S.W.T :
واذا طلقتم النسآء فبلغن أجلهن فأمسكوهن بمعروف أو سرحوهن بمعروفۚ
Maksudnya : “Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka mendekati akhir iddahnya. Maka rujuklah mereka dengan cara yang ma’ruf atau ceraikanlah mereka dengan cara yang ma’ruf”
(Surah al-Baqarah:231)
فاذا بلغن أجلهن فأمسكوهن بمعروف أو فارقوهن بمعروف وأشهدوا ذوى عدل منكم الشهدة للهۚ
Maksudnya : “Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujuklah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah”
(Surah al-Talaq:2)
Allah SWT telah memberi ruang kepada suami untuk merujuk isterinya dalam tempoh iddah bagi menghalakan perhubungan selepas berlaku penceraian bukan dengan ta’laq ba’in dan tanpa akad nikah yang baru. Perkahwinan ini merupakan sebuah institusi yang amat berharga bagi setiap insan. Sekiranya berlaku keruntuhan rumahtangga dengan jalan penceraian yang bukan ta’laq ba’in, maka Allah SWT telah memberi tempoh iddah untuk pasangan suami dan isteri memikirkan untuk kembali bersama dengan jalan rujuk. Dalam ketiga-tiga ini tiada perselisihan fuqaha berkenaan dengan makna ayat iaitu rujuk, dan tempoh yang di bolehkan rujuk terhadap isteri. Peristiwa pensyariatan rujuk dapat dilihat dalam kisah Rasulullah SAW yang telah menceraikan isteri baginda bernama Hafsah dan juga kisah Ibn Umar yang telah menceraikan isterinya semasa sedang haid. Perkara ini berdasarkan riwayat oleh Imam al-Bukhari dan Abu Dawud:
عن عبد لله بن عمر رضي الله عنهما أنه طلق امرأته وهي حائص على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم فأل عمر بن الخطاب رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ذلك فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم مرة فليرا اجعها
“Daripada Ibn Umar r.a beliau berkata : Aku telah menceraikan isteriku semasa sedang haid. Maka Umar r.a bertanya kepadaRasulullah SAW tentang perkara tersebut. Maka Rasulullah SAW bersabda : Suruhlah Ibn Umar merujuk isterinya”
عن عمر أن رسول الله صلى الله عليه وسلم طلق حفصة ثم راجعها
“Daripada Umar r.a bahawa Rasulullah SAW telah menceraikan Hafsah kemudian telah merujuknya kembali”
Dalam kedua-dua hadith ini menunjukkan bahawa sekiranya seseorang suami telah menceraikan isterinya maka rujuk boleh dilakukan dan hadith ini merupakan hujah yang cukup kuat kerana rujuk telah dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW kepada isterinya. Hadith Ibn Umar telah dijadikan hujah berkenaan dengan kesaksian kerana Rasulullah SAW telah menyuruh Ibn Umar merujuk kepada isterinya tanpa menyebutkan saksi.
4.0. PANDANGAN FUQAHA TENTANG RUJUK MELALUI PERBUATAN
Fuqaha telah berselisih pendapat dalam hal rujuk melalui perbuatan. Ini kerana rukun rujuk hanya lafaz sahaja yang diterima pakai secara ijma’ ulama. Walaubagaimanapun, para fuqaha mempunyai beberapa hujah dalam hal rujuk perbuatan bagi kesahihan dalam menzahirkan rujuk ini. Terdapat dua pendapat utama dalam hal rujuk melalui perbuatan iaitu pendapat yang membolehkan nya dan pendapat yang menolak cara rujuk melalui perbuatan ini.
Pendapat pertama adalah pendapat dari mazhab Syafi’i yang menyatakan rujuk hendaklah dibuat secara lafaz dan tidak boleh melakukan rujuk secara perbuatan seperti mengucup isteri, bercumbu-cumbuan, bersetubuh atai sebagainya kerana perbuatan ini tidak menzahirkan rujuk secara jelas.
Pendapat yang kedua adalah pendapat sebilangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki dan mazhab Hanbali yang membenarkan rujuk melalui perbuatan. Sebilangan fuqaha mazhab Hanbali membenarkan rujuk melalui perbuatan dengan jalan persetubuhan sahaj. Persetubuhan yang dimaksudkan adalah persetubuhan sebenar dan bukannya dengan berciuman dan bersetuhan walaupun melihat faraj. Rujuk melalui perbuatan dibolehkan tanpa niat dan tanpa saksi.
Sebilangan fuqaha mazhab Maliki membenarkan rujuk dengan perbuatan tetapi niat rujuk mestilah disertakan sekali dalam perbuatan tersebut. Perbuatan yang dikira rujuk adalah termasuk persetubuhan, menyentuh atau melihat faraj isteri. Mazhab Hanafi mempunyai pandangan yang agak terbuka sedikittentang rujuk melalui perbuatan ini iaitu rujuk dengan perbuatan dibolehkan secara persetubuhan,berciuman, bersentuhan atau melihat faraj isteri dengan perasaan.
Perbezaan pandangan di kalangan fuqaha dalam hal mensabitkan rujuk melalui perbuatan adalah berdasarkan kepada ketiadaan nas yang terang yang menjelaskan perkara ini. Dalil dan nas ini tentang rujuk hanya menjelaskan pensyariatan rujuk serta masa yang membolehkan rujuk iaitu semasa iddah. Oleh yang demikian, fuqaha telah mengemukan kefahaman mereka sendiri terhadap tafsiran kaedah melakukan rujuk. Soal rujuk dengan perbuatan adalah merupakan perkara ijtihad kerana ketiadaan nas yang qat’i. Melihat kepada pandangan-pandagan tentang rujuk melalui perbuatan ini dalam konteks semasa, maka kemasalahatan umum dan ketiadaan penganiayaan adalah diutamakan. Ini kerana rujuk adalah bertujuan menyambungkan kembali ikatan yang terputus akibat penceraian.
Jika diperhatikan, hanya mazhab Hanafi sahaja yang membenarkan rujuk melalui perbuatan sama ada paksa atau secara sukarela, sama ada ianya dilakukan oleh suami atau isteri. Bagi pendapat ini, perbuatan yang dilakukan seperti bercumbu-cumbuan atau bersetubuh adalah satu perbuatan yang lebih besar dari lafaz yang dinyatakan untuk tujuan rujuk. Menurut Ibn Abidin rujuk itu boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu sun’ni dan bad’i. rujuk sun’ni bermaksud apabila seseorang itu melafazkan rujuknya, ada yang meyaksikan rujuk tersebut dan isteri mengetahui berlakunya rujuk tersebut. Manakal rujuk bid’i pula bernaksud rujuk melalui perbuatan ataupun seseorang itu merujuk isteri dengan lafaz tanpa ada saksi dan tidak dimaklumkan kepada isteri. Bagi mazhab Maliki penerimaan rujuk melalui cara ini adalah diterima tetapi mereka sangat berhati-hati untuk mensabitkannya melainkan perbuatan tersebut mempunyai niat untuk merujuk ini kerana berdasarkan kepada dalil hadith setiap perbuatan dengan niat.
Pandangan mazhab Syafi’I merupakan pandangan yang tidak akan mewujudkan sebarang kesangsian. Ini adalah kerana lafaz merupakan suatu kaedah yang tidak dapat dipertikaikan dalam urusan pernikahan dan penceraian. Ia adalah lebih jelas, selamat dan dapat mengelakkan dari sebarang penipuan yang boleh dibangkitkan oleh pihak suami. Sekiranya seorang suami ingin merujuk semula kepada isterinya maka dia perlu melafazkan rujuknya sebagaimana dia telah melafazkan cerai. Sekiranya rujuk dengan perbuatan adalah sah maka tidak terdapatlah sebarang perbezaan di antara perhubungan kelamin semasa dalam perkahwinan dan selepas diceraikan. Oleh yang demikian, lafaz rujuk merupakan garis pemisah antara keadaan yang mengharamkan perhubungan kelamin (talak) dengan hidup kembali sebagai suami isteri (rujuk). Mazhab Syafi’i menyatakan walaupun rujuk melalui perbuatan adalah tidak sah dalam mensabitkan berlakunya rujuk, persetubuhan yang berlaku semasa iddah raj’i sama ada dengan niat ataupun tidak dengan niat maka persetubuhan itu adalah persetubuhan shubhah. Bagaimanapun tidak akan dikenakan hal bagi pasangan tersebut.
5.0. MENURUT JUMHUR ULAMA ADA TIGA RUKUN UTAMA RUJUK
Rukun utama, suami hendaklah seorang yang baligh. Tidak sah rujuk bagi suami yang belum baligh. Suami hendaklah seorang yang berakal dan tidak sah sekiranya suami dalam keadaan gila. Suami merujuk isteri hendaklah dengan sukarela. Tidak sah rujuk jika siami dipaksa dan ketika rujuk, suami hendaklah kekal dalam Islam.
Rukun kedua, isteri hendaklah disetubuhi sebelum berlaku penceraian. Tidak boleh merujuk isteri yamg diceraikan sebelum disetubuhi kerana isteri seperti itu tidak mempunyai iddah. Isteri yang dirujuk itu mesti ditentukan secara khusus. Jika suami menceraikan beberapa isterinya kemudian ia rujuk salah seorang daripada mereka dengan tidak ditentukan siapa yang dirujuknya, maka rujuknya tidak sah. Isteri diceraikan dengan talak raj’ie. Jika ditalak dengan talak bain, maka tidak sah rujuk selepas terbukti tamatnya iddah isteri atau isteri berkenaan mertad ketika dirujuk.
Rukun ketiga, sighah(lafaz) hendaklah menggunakan perkataan yang menunjukkan dan dituju kepada isteri seperti ‘engkau’ atau ‘nama isteri itu’ atau dengan isyarat tunjuk kepada isteri. Sighah itu pula tidak boleh digantungkan (ditaqlikkan) dengan sesuatu. Sebagai contoh, suami berkata: “Abang rujuk awak jika awak suka” atau “Abang kembali kepada awak jika emak awak datang.” Rujuk yang digantungkan atau ditaqlikkan dengan sesuatu syarat seperti contoh di atas adalah tidak sah.
6.0. JENIS LAFAZ RUJUK
Terdapat dua jenis lafaz rujuk yang soreh (jelas) dan kinayah (sindiran/simbolik). Contoh lafaz soreh seperti suami berkata “Abang rujuk kembali kepada kamu”. Lafaz seperti ini dalah sah dan tidak memerlukan niat. Manakala lafaz kinayah menggunakan bahasan sindiran atau kiasan yang membawa maksud untuk rujuk seperti kata suami “Abang pegang awak” jika menggunakan lafaz kinayah maka disyaratkan agar suami itu berniat untuk rujuk ketika melafazkan perkataan sindiran itu.
Rujuk yang dilafazkan oleh suami dengan memenuhi semua rukunnya adalah sah walaupun rujuk yang dibuat itu dalam keadaan bergurau. Ini berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w yang menyatakan bahawa tiga perkara yang tidak boleh dibuat main-main termasuklah nikah, cerai dan rujuk. Apabila dilafazkan dengan jelas, maka ia akan menjadi sah.
Sekiranya suami melafazkan rujuk tapi isteri tidak bersetuju denga sebab dan alas an yang dibenarkan hokum syarak, maka ia tidak boleh diperintahkan oleh mahkamah supaya hidup semula sebagai suami isteri, tetapi mahakamah hendaklah melantik satu jawatankuasa pendamai. Ini bermaksud, sekiranya isteri tidak bersetuju dengan alasan yang diterima syarak seperti suami menderanya dan jika kembali boleh membahayakan diri isteri, maka mahkamah boleh memrintahkan satu jawatankuasa untuk dilantik. Jawatankuasa akan diberi masa enam bulan untuk menilai sama ada wajar mereka kembali sebagai suami isteri atau sebaliknya.
Dari segi hukum rujuk juga, wajar diperhatikan bahawa hukum asal bagi rujuk adalah harus tanpa dikaitkan dengan perkara fardu Ain. Makruh rujuk pula jika penceraian itu adalah lebih baik kepada kedua-dua pasangan suami isteri. Sunat rujuk sekiranya suami bertujuan memperbaiki rumah tangga dan masih menyanyangi dan ingin memperbaiki keadaan isterinya. Manakala hukumnya adalah haram jika suami rujuk dengan tujuan membalas dendam atas menzalimi isteri yang ingin dirujuknya itu.
Bedasarkan pandangan mazhab Syafi’i, kedudukan rujuk yang melalui alat elektronik iaitu sms ataupun teknologi moden adalah tidak sah walaupun mempunyai niat untuk rujuk semula bersama isteri. Lafaz rujuk yang dibuat adalah bentuk tulisan (kitabah) dan bukannya secara lisan. Namun begitu sekiranya rujuk telah dibuat melalui alat elektronik iaitu lnn mereka dikehendaki melafazkan kembali lafaz rujuk berkenaan secara lisan terhadap isteri di dalam tempoh iddah isteri tersebut. Sekiranya tempoh iddah habis, maka ia dikehendaki menjalankan akad nikah baru dengan bekas isteri tersebut. Jika dengan akad nikah yang baru suami perlu ingat, bilangan talak suami dengan isteri tersebut berkurang kepada dua sekiranya sebeum ini bercerai dengan talak satu. Suami juga perlu mengambil kira mengenai lafaz taqlik yang dibaca ketika perkahwinan dahulu, kerana sesetengah negeri meletakkan taqlik iaitu sekiranya suami merujuk tanpa persetujuan isteri maka boleh jatuh satu lagi talak.
Perkahwinan, penceraian dan rujuk adalah suatu perkara yang penting dalam islam. Apabila seorang berkahwin secara baik dan terhormat, maka apabila perkahwinan tidak dapat diselamatkan, sewajarnya penceraian juga dilakukan dengan baik dan terhormat, bukan melalui sms, alat elektronik atau sebagainya. Begitu juga apabila suami ingin merujuk isteri, wajarlah berdepan menzahirkan kesungguhan dan keikhlasan suami, kerana ia bukan perkaran main-main.
7.0. KESAKSIAN DALAM RUJUK
Fuqaha telah berselisih pendapat berkenaan dengan kesaksian dalam rujuk yang mana ada yang menyatakan tidak perlu. Soal kesaksian tidak timbul bagi rujuk dengan perbuatan dengan jalan persetubuhan menzahirkan rujuknya untuk mendapat kan kesaksian. Soal kesaksian ini hanya menjadi isu bagi menzahirkan lafaz rujuk.
عن مطرف بن عبد الله أن عمران حصين سل عن الرجل يطلق امرأثم يقع بها ولم يشهد على طلاقها ولا على رجعتها فقال طلقت لغير سنة وراجعت لغير سنة أشهد على طلاقها وعلى رجعتها ولاتعد
“Daripada Mutarif bin Abdullah, sesungguhnya Imran bin Husin pernah bertanya tentang orang yang mentalak isterinya kemudian dirujuknya semula dan tidak ada saksi ketika mentalak isterinya dan juga pada masa merujuk isterinya. Maka jawabnya “Engkau telah menceraikan bukan menurut sunnah Rasulullah s.a.w dan juga engkau merujuknya bukan menurut sunnah. Hadirkanlah saksi untuk mentalakkannya dan merujuknya dan jangan kamu ulangi perbuatan tersebut”
Dalam hadis ini menunjukkan bahawa dalil berkenaan kesaksian dalam perkara berkaitan dengan talak dan rujuk. Menurut Imam Abu Hanifah dan Imam Syafi’i tidak wajib dalam hal rujuk berdasarkan hadith Ibn Umar yang disuruh oleh Rasulullah SAW untuk merujuk isterinya kembali tanpa menyebut tentang kesaksian. Mazhab Hanafi juga mengatakan bahawa sekiranya tiada kesaksian dalam rujuk maka sah rujuk tersebut. Kebanyakkan fuqaha menyatakan kesaksian dalam hal rujuk adalah perkara sunat.
8.0. KEREDAAN ISTERI DALAM RUJUK
Rujuk merupakan hak suami secara jelas yang telah ditetapkan oleh Hukum Syarak. Menurut pandangan mazhab Hanafi isteri adalah tidak disyaratkan dalam perihal rujuk ini. Suami berhak untuk merujuk isterinya sama ada dengan keredaan isterinya atau tidak. Mazhab Hanbali juga memberi pandangan bahawa rujuk tetap akan berlaku walaupun iteri tidak meredainya. Menurut mazhab Syafi’i sah rujuk kepada isteri walaupun tanpa keredaan isterinya. Perkara ini berdasarkan firman allah S.W.T :
ويعو لتهن أحق بردهن فى ذلك ان أرادوا اصلحاۚ
“Dan suaminya berhak merujukkan dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki islah (perdamaian)”
(Surah al-Baqarah 2)
Walaupun pandangan mazhab-mazhab muktabar menyatakan bahawa keredaan isteri adalah tidak perlu dalam hal rujuk ini tetapi adalah perlu untuk memastikan rujuk yang dilakukan adalah bertetapan dengan kehendak islam iaitu tidak mendatangkan kemudharatan kepada isteri dan rujuk yang dilakukan memberi masalah kepada pasangan. Perkara ini berdasarkan firman allah S.W.T :
ولا قسكوهن ضرارا لتعتدواۚ ومن يفعل ذلك فقد ظلم نفسه ۚولا تتخذوا ءايت هزواۚ
“Dan janganlah kamu rujuk mereka (isteri-isteri) untuk memberi kemudharatan, kerana dengan demikian kamu menganiaya mereka. Barangsiapa berbual dmikian, maka sungguh ia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri. Dan janganlah kamu jadikan hokum-hukum Allah permainan…”
9.0. PENGESAHAN RUJUK MELALUI RUJUK PERBUATAN ATAU RUJUK LAFAZ
Fuqaha telah bersepakat mengesahkan bahawa rujuk melalui lafaz adalah sah tetapi terdapat percanggahan berkenaan dengan rujuk melalui perbuatan. Mazhab Syafi’i tetap berpegang dengan pendapat Imam Syafi’i bahawa rujuk melalui lafaz sahaja yang sah dan tidak dengan perbuatan. Perkara ini telah membincangkan di atas dengan mengambil mazhab-mazhab muktabar dalam hal ini. Berkenaan ini akan dipanjangkan ke Mahkamah Syariah untuk membuat siasatan berkenaan dengan kes pengesahan rujuk ini.
Melihat kepada hal rujuk melalui perbuatan sewaktu pengesahan rujuk di Makhamah Syariah, penghakiman kes perlu melihat kepada kemaslahatan pasangan. Walaupun Malaysia mengamalkan pendekatan fiqh mazhab Syafi’i, tetapi penggunaan kepada pandangan-pandangan fiqh mazhab lain yang diiktiraf dalam membuat penghakiman adalah tidak bersalahan dengan kehendak Undang-undang islam di Malaysia. Dalam hal rujuk melalui perbuatan ini sekiranya hakim terlampau terikat dengan perdekatan dan pandangan mazhab Syafi’i sahaj, maka kemaslahatan pasangan akan diketepikan. Sebagai contoh seorang suami yang telah menceraikan isterinya dan telah melakukan persetubuhan dengan isteri sewaktu tempoh iddah dan sewaktu pengesahan rujuk di mahkamah, hakim terlampau terikat dengan pandangan mazhab Syafi’i, pasti persetubuhan itu tidak dikira sebagai rujuk. Tetapi sekiranya hakim mengambil pandangan fuqaha lain dan melihat kepada kemaslahatan pasangan untuk memastikan isteri tidak traniaya, maka adalah lebih baik hakim mengambil pendekatan bahawa rujuk melalui persetubuhan adalah sah kerana ini akan membawa kepada kemaslahatan dan kezaliman dapat dibendung.
10.0. RUJUK TANPA KERELAAN ISTERI
Rujuk merupakan hak mutlak suami ke atas isterinya. Hak ini hanya ada pada suami dan tidak ada pada isteri. Suami berhak untuk merujuk kepada isterinya walaupun tidak meminta izin kepada isterinya terlebih dahulu. Walau bagaimanapun dalam situasi tidak rela brsama dengan suaminya untuk hidup besama, isteri mempunya hak untuk membuat permohonan di Mahkamah Syariah berkenaan dengan ketidakrelaan isteri terhadap rujuk yang dibuat oleh suami. Kita sedia maklum bahawa rujuk adalah ruang yang dibuka oleh islam kepada pasangan yang telah bercerai untuk kembali hidup bersama semula tanpa akad bikah dan mas kahwin yang baru berdasarkan syarat-syarat yang dinayatakan oleh Hukum Syarak. Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk rujuk, maka tiada sebarang masalah yang akan timbul kerana pendaftar akan membuat siasatan di dalam hal ini. Masalah yang timbul sekiranya isteri tidak rela untuk bersama suami. Isteri boleh mengemukakan permohonan tidak bersama suami sekiranya dibenarkan Hukum Syarak.
ولا قسكوهن ضرارا لتعتدوا ۚ
“Jangan kamu rujuk semula kepada isteri kamu dengan maksud memberi mudarat”
(Surah al-Baqarah:231)
11.0. PENDAPAT PARA ULAMA TENTANG RUJUK
Rujuk adalah salah satu hak bagi laki-laki dalam masa iddah. Oleh kerana itu ia tidak berhak membatalkannya, sekalipun suami berkata “Tidak ada rujuk bagiku” namun sebenarnya ia tetap mempunyai rujuk.
Begitu juga firman allah S.W.T:
Maksudnya: “Dan suami-suaminya berhak merujuknya dalam masa penantian itu”
(Surah al-Baqarah:228)
Kerana rujuk merupakan hak suami, maka untuk merujuknya suami tidak perlu adanya saksi, dan kerelaan mantan isteri dan wali. Namun menghadirkan saksi dalam rujuk hukumnya sunnah, kerana di bimbangkan apabila kelak isteri akan menyangkal rujuknya suami. Rujuk boleh diucapkan, seperti “Saya rujuk kamu” dan dengan perbuatan contohnya:”Menyetubuhinya, merangsangnya seperti menciuma dan sentuhan-sentuhan”.
Imam Syafi’i berpendapat bahawa rujuk hanya diperbolehkan dengan ucapan terang dan jelas di fahami. Tidak boleh rujuk dengan persetubuhan, ciuman dan rasangan nafsu. Menurut imam Syafi’i bahawa talak itu memutuskan hubugan perkahwinan. Ibn Hazm berkata : “Dengan menyetubuhnya bukan berartimerujuknya, sebelum kata rujuk itu di ucapkan dan menghadirkan saksi, serta bekas isteri diberitahu terlebih dahulu sebelum masa iddahnya habis. Menurut Ibn Hazmn jika ia merujuk tanpa saksi bukan disebut rujuk begitu juga firman allah S.W.T :
Maksudnya: “Apabila mereka telah mendekati akhir masa iddah, maka rujuklah mereka dengan baik dan lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan duaorang saksi yang adil di antara kamu.”
(Q.S: at-Talaq:2)
12.0. PERBAHASAN MENGENAI HUKUM RUJUK DAN TALAK RAJ’IE
Syarat sah rujuk dilakukan setelah terjadinya talak raj’ie(setelah talak pertama atau kedua) baik keluar dari suami mahupun hakim, sebab ia adalah menyambung hubungan suami isteri yang terputus dengan talak. Jika tidak ada talak, tentu saja rujuk tidak ada maknanya lagi. Ini adalah syarat yang disepekati bersama. Rujuk dilakukan dalam masa iddah. Jika sudah habis, maka menurut kesepakatan ulama isteri yang tertalak tidak bias dirujuk kembali, perkara di atas berdasarkan firman Allah s.w.t :
“Dan suami-suaminya berhka merujuknya dalam masa menanti itu”
(Surah Al-Baqarah 228)
Kerana rujuk adalah usaha mempertahankan hak dan hak yang hilang dengan berkhirnya masa iddah, maka setelah itu hilangnya hak ini, maka tidak ada lagi upaya yang bias dilakukan untuk mempertahankannya. Penceraian sebelum rujuk terjadi bukan kerana pembatalan paksa terhadap akad nikah. Penceraian terjadi tanpa ganti rugi dari pihak isteri untuk menceraikan dirinya. Jika menggunakan ganti rugi, maka tidak dibenarkan rujuk kembali, sebab sudah jelas di sini bahawa isteri membayar ganti rugi tertentu untuk mengakhiri hubungan suami isteri.
Rujuk terjadi dengan tunai. Jumhur ulama berpendapat, ia tidak boleh digantungkan pada syarat tertentu atau disandarkan pada masa akan datang, kerana menurut mereka rujuk adalah upaya mempertahankan akad nikah atau mengembalikannya dan mengingat nikah tidak menerima unsur penggantungan mahupun penyandaran, maka begitu juga rujuk. Rujuk adalah hak suami yang tidak digugurkan dalam masa iddah, terlepas dari kerdhaan isteri yang tertalak untuk menerimanya kembali atau tidak, perkara ini berdasakan firmaan Allah s.w.t :
“Dan suami berhsk merujuknya dalam masa menanti itu jika mereka (para suami itu) mengkehandaki islah”.
(Surah Al-Baqarah 228)
Hak rujuk telah ditetap syara’ untuk suami, sehingga ia tidak boleh digugurkan atau dilepaskan. Jika seorang suami berkata “Aku ceraikan kamu dan tidak ada hak rujuk bagiku atas dirimu” atau “Aku gugurkan hakku untuk rujuk”, maka hak terebut tetap tidak gugur, sebab pengguguran hak ini bermaksud merubah apa yang telah disyariatkan Allah dan tidak ada siapa pun yang mengubah-ubah apa yang telah disyariatkan. Allah telah menetapkan hak rujuk setelah talak raj’ie, perkara ini berdasarkan firman Allah s.w.t :
“Talak (yang dapat dirujuk) dua kali. Setelah itu boleh rujuk lagi dengan cara yang ma’ruf atau menceraikan dengan cara yang baik”.
(Surah Al-Baqarah: 229)
Jika memang rujuk menjadi hak suami terhadap isteri yang diceraikannya, maka ia pun berhak menjalankan hak ini dan memperisterinya kembali (tanpa akad nikah baru), atau membiarkannya sampai habis masa iddah sehingga statusnya menjadi talak ba’in (yang tidak boleh memperisterikan nya kecuali dengan syarat-syarat tertentu). Perkara ini berdasarkan firman Allah s.w.t :
“Maka rujuklah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik”
(Surah Al-Thalaq:2)
Masalah ini harus dilakukan dengan cara yang baik salah satunya dalam bentuk memberitahukan keinginan rujuknya kepada isteri. Jika tidak, berarti ia tidak mempertahankan(merujuknya) secara baik, melainkan secara munkar. dasar hukum lainya adalah berdasarkan firman Allah s.w.t :
“Dan suami-suaminya berhak merujuknya dalam masa menanti itu jika mereka (para suami itu) mengkehendaki islah”
(Surah Al-Baqarah:228)
Suami lebih berhak merujuk ieteri jika ia memang mengkehendaki islah. Jika ia menyembunyikan keinginan rujuk kembali kepada isterinya atau merujuknya tanpa memberitahukanya, bererti ia tentu saja tidak mengkehendaki islah (perbaikan) melainkan fasad (kerusakan) sehingga tidak ada lagi hak rujuk baginya.
Pendapat terakhir ini dalam pandangan kami lebih rajah dan lebih sesuai dengan keputusan hukum Khalifah Umar bin Khaththab r.a. diceritakan oleh Ibnu Hazm dengan sanadnya bahawa Umar berkata mengenai seorang wanita yang ditalak suaminya dengan pemberitahuan, kemudian merujuknya kembali tanpa memberitahukannya sampai habis masa iddah dan ia telah tertalak ba’in darinya. Rujuk dengan ucapan tidak ada perbezaan pendapat di kalangan ahli ilmu bahawa rujuk sudah dianggap sah dengan ucapan yang menunjukkan makna rujuk tersebut. Sebagai contoh si suami mengatakan pada isteri yang dinyatakan dalam masa iddah. “Aku telah merujuk kamu” atau “Aku telah mengambil kamu kembali” dan kata-kata atau bisa juga ia mengatakan dengan menggunakan petunjuk orang ketiga dan sejenisnya.
13.0. HIKMAH DISYARIATKAN RUJUK
Rujuk merupakan keperluan yang sangat penting, sebab terkadang seseorang merasa menyesal setelah menceraikan isterinya, sebagaimana firman Allah s.w.t :
“Patuhilah hukum-hukum itu, kerana engkau tidak mengetahui, mungkin Allah akan mengadakan sesudah itu, suatu perkara(yang lain)”
(Surah Al-Thalaq:1)
Dengan adanya kesempatan rujuk, ia memilikikesempatan untuk memperbaiki hubungan suami isteri dan menghindarkan diri dari keterjerumusan ke dalam perzinaan jika ia tidak bisa menahan diri. Oleh yang demikian, rujuk disyariatkan untuk memperbaiki hubungan suami isteri, dan ini adalah hikmah yang sungguh mulia.
14.0. RUMUSAN
Hikmah adanya rujuk disebalik kebolehan rujuk terdapat nilai-nilai positif baik bagi bekas pasangan tersebut mahupun bagi anak-anaknya. Allah telah memberi ruang kepada suami untuk merujuk isteri kembali bagi menghalalkan hubungan selepas berlakunya penceraian dan tanpa akad nikah yang baru.perkahwinan merupakan sebuah institusi yang amat berharga bagi setiap insan. Antaranya , tidak memikirkan mengenai penceraian yang telah berlaku dan tidak terlalu beremosi disebabkan kemasalahatan. Sarana mempertangungjawabkan anak secara bersama-sama.
15.0. KESIMPULAN
Dengan adanya syariat tentang rujuk merupakan indikasi bahawa islam mengkehendaki bahawa suatu perkahwinan berlangsung selamanya. Oleh kerana itu, kendati telah terjadi pemutusan hubungan perkahwinan, Allah .s.w.t. masih memberi prioritas utama kepada suaminya untuk menyambungnya tali perkahwinan yang hamper terputus sebelum kesempatan itu diberikan kepada orang lain setelah berakhirnya masa iddah. Rujuk merupakan hak suami selama masa iddah kerana tidak seorang yang dapat menghapuskan hak rujuk, sekiranya ada seorang lelaki berkata tidak akan merujuk isterinya ia tetap masih berhak merujuk. Kerana kemana pun isteri itu berada selama masa dalam tangungan iddah suami masih ada hak untuk merujuknya kerana dalam masa iddah suami itu masih mempunyai tangungan untuk memberi nafkah.
16.0. RUJUKAN
1. Fatwa-munakahat-2013-1
2.http://unipdupaib2012.blogspot.
3.Pdf-rujuk-js-2
4.https://yudiarmanto.blogspot.com
5.kes2syariah.blogspot.com
6.https://rizafauzia.blogspot.my
7.https://segores-info.blogspot.my
8.shahih fikih sunnah
9.
10.
Comments
Post a Comment